Sesi Kunjungan Hormat ke atas Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd Rabin bin Basir, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara oleh Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA).

Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd Rabin bin Basir, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia yang diwakili oleh Dato’ Ir. Abdul Hak Md Amin selaku Pengerusi MASA dan diiringi oleh Encik James Ong, Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) MASA serta Encik Shaharuzzaman Baharum, Setiausaha Agung MASA.

Sesi pertemuan yang berlangsung selama 2 jam itu membincangkan isu-isu berkaitan industri perkapalan dan maritim Malaysia. Antaranya, perlaksanaan semula dasar kabotaj negara, ancaman keselamatan dan kedaulatan maritim, penggunaan kapal-kapal malaysia di pelabuhan dan pesisir pantai, penggunaan kapal-kapal malaysia untuk kerja-kerja strategik seperti ‘cable laying’ dan ‘hydrographic survey’, pertukaran anak kapal era pandemik COVID-19 serta pengecualian cukai di bawah Seksyen 54A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *